JAWI - Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain di sini dikesan menggunakan logo Halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pagi tadi.

Serbuan yang dilakukan bersama Bahagian Pengurusan Halal,Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kira-kira jam 11 pagi itu turut menemui 2,000 tiup tauhu Jepun yang menggunakan logo halal swasta tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang, Md Nasir Mohamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kilang terbabit menemui 50 ekor ayam yang telah diproses dan dibungkus dengan menggunakan plastik yang tertera logo Halal Jakim.

Md Nasir berkata, semakan yang dibuat mendapati kilang berkenaan tidak pernah memperoleh sijil halal berkenaan untuk membungkus dan mengedarkan ayam di pasaran.

"Kita turut menemui lebih 400 ekor ayam yang belum dibungkus didalam kilang berkenaan.

"Siasatan mendapati, syarikat terbabit yang telah beroperasi selama dua tahun mengedar ayam berkenaan di pasaraya dan mini market di sekitar negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis," katanya ketika ditemui dilokasi serbuan hari ini.

Turut serta dalam operasi berkenaan,Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIP,Nur Hanisah Othman.

Md Nasir berkata, kesemua ayam dan tauhu Jepun dirampas manakala pemilik kilang terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan melanggar kata Perihal Dagangan 2011 Perakuan Halal dan Penandaan Halal jika sabit kesalahan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Seorang operator kilang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini hari ini selepas didapati mengedar 6,851 gram kanabis, tahun lalu.
  • SEREMBAN - Syarikat dalam industri perkilangan yang ingin melabur di Negeri Sembilan perlu menyediakan hostel untuk pekerja wargangera asing, demikian saranan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memutuskan ladang ayam dan kilang memproses baja najis ayam yang menjadi punca pencemaran ammonia di Sungai Sayong, Kulai, baru-baru ini, ditutup.
  • KULAI - Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membenarkan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan bagi memenuhi keperluan pengilang di bahagian pengeluaran produk.
  • SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyerbu sebuah kilang menghasilkan produk kesihatan di Kawasan Perindustrian Senawang, di sini, semalam, kerana disyaki menjadi punca kepada gangguan bekalan air.