GEORGETOWN - Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1, sekali lagi menjadi viral dalam media sosial, semalam.

Pengguna laman Facebook mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.

Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial  dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merasa sedih dan terkilan dengan kenyataan dalam memorandum berkaitan perpindahan Sekolah Rendah Islam (SRI) Johor Bahru yang ditularkan dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
  • IPOH - Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pasaraya NSK Taman Sentosa Klang di sini hari ini menyangkal keras dakwaan penemuan najis haiwan atas rak yang menjual produk ikan bilis seperti yang tular sejak 28 September lalu.
  • BAGAN DATUK - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon menafikan dakwaan penolong pegawai perubatan dan ambulans tidak membantu mangsa kemalangan yang tular sejak kelmarin.