KEPALA BATAS - Gabungan Ahli Masjid Pulau Pinang(GAMPP) menyatakan sokongan penuh terhadap pindaan  Rang Undang Undang (RUU) 355.

Sokongan itu dizahirkan melalui himpunan aman yang diadakan di perkarangan Maahad Taujih Islami, Kota Aur, Penaga.

Pengerusi GAMPP, Khairul Fitri Kiraman berkata himpunan ini secara langsung diadakan untuk menyokong pindaan RUU355 ini.

"Himpunan ini diadakan secara langsung untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi mengenai RUU355 ini, dan sebagai umat Islam bagi kami di GAMPP merasakan bahawa ianya perlu disokong oleh umat Islam yang mana jika kita lihat ianya dapat memartabatkan mahkamah syariah sendiri.

"Jadi saya menyeru agar umat Islam di negara ini yang mana sama agama, seakidah agar bersatu untuk menyokongnya, " katanya.

Katanya, ianya merupakan satu saham di akhirat kelak apabila bertemu di hadapan ALLAH.

"Bila mana kita di akhirat kelak,kita akan disoal, apakah yang kamu buat,bila mana akta ini digubal kita menyokong seratus peratus, dan InsyaALLAH ianya akan menjadi saham kita bersama.

"Kepada pihak yang bukan Islam bahawa sebenarnya undang-undang ini kepada orang Islam sahaja dan dalam soal ini mereka tidak perlu risau atau takut, dan untuk umat Islam sendiri pun perlu yakin bahawa mereka akan dijaga oleh ALLAH, ini adalah hukum yang ditetapkan ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.