BALING - Sumbangan makanan seperti buah limau, boleh dikategorikan sebagai satu bentuk pemberian rasuah jika pemberinya berniat untuk mendapatkan sesuatu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Fauzi Mohamad berkata, pemberian dengan mengharapkan adanya balasan ialah satu bentuk jenayah.

"Semasa beri angpau, limau atau hamper dengan berniat dapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah," katanya pada sidang media program Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur), di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pemberian seumpama  itu bergantung kepada niat pemberi dan sukar untuk membuktikan sesuatu niat itu baik atau jahat.

"Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah, namun jika ikut undang-undang ia rasuah," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Seorang sarjan polis direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan rasuah berkaitan kes dadah.
  • MERSING - Rata-rata penerima rasuah memiliki naluri hidup mewah yang terlalu tinggi atau tamak.
  • KUANTAN - Seorang lelaki warga emas ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki cuba merasuah pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malam tadi.
  • KUANTAN - [VIDEO] Seorang pengarah di Kementerian Kerja Raya Pahang, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM42,000.