KANGAR - Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.
Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.
"Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.
"Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.
Md Isa berkata, emua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.
Bantuan RM500 perlu pengesahan JKKK
Tarikh : December 6, 2011
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- 4 sekeluarga terpaksa diami rumah terbakar
- Paut rakan sebelum rebah
- Tak sempat bawa lari anak gadis
- Tertarik dengar laungan azan
- Padah pukau orang kampung
- Pukat ikan dapat sampah
- Raja Perlis tanam harumanis sempena hari keputeraan
- Syarat Pas hanya alasan tolak muzakarah, kata Mahathir
- Guna polistirena, lesen ditarik
- Runsing terima notis saman





