JITRA - Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) dekat sini dihentikan sejurus selepas exco kerajaan negeri, Datuk Aminuddin Omar menerima berita kematian anaknya.

Aminuddin yang duduk bersama beberapa pemimpin Umno Kubang Pasu di atas pentas dilihat  bergegas meninggalkan majlis ketika Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun sedang  menyampaikan ucapan perasmian.

Khairul Azwan yang terkejut apabila dimaklumkan berita itu selang beberapa minit turut meminta kira-kira 360 perwakilan Pemuda yang hadir untuk membacakan Al-Fatihah.

“Saya tidak dapat meneruskan ucapan ini, saya amat bersedih, Al-Fatihah untuk anak lelaki Datuk Aminuddin Omar yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya sebentar tadi,” katanya.

Aminuddin merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Anggota  Dewan Undangan Negeri Jitra serta memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Irfan Aminuddin, 20, dan rakannya maut apabila kereta jenis Toyota Hilux dinaiki mereka melanggar sebatang pokok dan terbabas di KM 12.7, Kampung Bendang Perang, Changlun.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU SELANGOR - Jenazah Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rasa kira-kira jam 10.30 malam tadi.
  • SUNGAI PETANI - Kanak-kanak menderita kanser otak tahap empat yang impiannya menaiki kereta BMW i8 ditunaikan, menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.
  • JERANTUT - Selepas kira-kira setahun menderita kanser usus tahap empat, Mat Nasir Ismail, 48, meninggal dunia di kediamannya di Taman Ria di sini, kelmarin.
  • MACHANG - Ketua Jajahan Machang, Mohd Zainudin Mohamed, 56 meninggal dunia akibat penyakit jantung, petang tadi.
  • KUALA KRAI - Jururawat yang cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Kota Bharu, Gua Musang 24 Oktober lalu meninggal dunia di sisi suaminya di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian pada jam 3.13 pagi tadi.