JAWI – Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berjaya memberkas empat suspek yang disyaki terlibat dengan satu kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Tambun Indah, awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang merupakan pasangan adik-beradik berusia 24 dan 26 tahun.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan dalam satu serbuan di Simpang Ampat kira-kira jam 9.30 malam.
“Berikutan dari tangkapan dan hasil soal siasat ke atas kedua-dua lelaki itu, kita kemudiannya berjaya menahan seorang lagi rakan mereka berusia 25 tahun pada hari yang sama (Ahad).
“Isnin lalu, suspek keempat berusia 27 tahun berjaya diberkas dengan salah seorang dari mereka cedera di bahu. Semua tangkapan dibuat di sekitar Simpang Ampat dan Valdor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS di sini, malam kelmarin.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar.
Shafien dalam pada itu berkata, semua suspek yang ditahan merupakan rakan sekumpulan dengan mangsa dan pihaknya percaya kumpulan itu mempunyai antara 10 hingga 15 ahli.
Menurutnya, usaha memburu suspek utama yang menyebabkan kematian lelaki berusia 28 tahun itu masih giat dijalankan termasuk saki-baki anggota kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, pihaknya sudah mengenal pasti semua suspek dan berharap dapat memberkas mereka dalam sehari dua lagi.
“Berdasarkan siasatan, kumpulan ini disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Pergaduhan pada awalnya hanya berpunca dari perasaan tidak puas hati, berlaga bahu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan,” katanya yang percaya semua mereka mabuk ketika kejadian.
Beliau berkata, semua mereka yang ditangkap kini ditahan sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai terlibat dengan satu pergaduhan di hadapan sebuah restoran tomyam, dekat Taman Tambun Indah, Simpang Ampat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, G Shanmugam dari Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal, sebelum itu dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki sebelum dipukul dengan sebatang rotan.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala selain lebam pada mata kanan itu maut di tempat kejadian.
4 suspek kes bunuh diberkas
Artikel Berkaitan
- 4 suspek kes bunuh diberkas
- Tak mengaku salah sebabkan kematian remaja
- NGO buat laporan polis tawaran kepada Tunku Abdul Aziz
- Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan maut
- Pengawal mengeluh sering lewat dapat gaji
- Lahir 100,000 sukarelawan
- Ahli Majlis jawab isu sampah
- Seorang maut, kereta bertembung, terbakar
- Pedang samurai dalam kereta
- Jasa bantu penduduk India
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Ribuan kongsi rakaman CCTV penebat kilat jatuh
- Pegawai bank jadi dalang
- Pontianak mengamuk kerana kain
- Tumpu kubur Islam dulu
- Gesa tukar 'Pakcik' warden suka menghendap
- Muslihat cium tangan perdaya dua wanita serah barang kemas
- Remaja tak sempat beli dadah
- 1.7 kilogram ganja berjaya dirampas
- Pelajar 15 tahun ditahan berasmara di belakang sekolah
- Tabiat buruk makan diri
- Sharifah Sakinah tak jadi bersara!
- 6 kawasan kemalangan maut dikenal pasti di Pulau Pinang
- 238 keturunan Awang Kechik
- Sembunyi minyak dalam seluar
- Gaduh pakai parang
- Tukang cuci curi makanan ditahan polis kurang 24 jam
- Ditahan miliki dadah
- Wajah ceria ditangkap khalwat
- Bayi berusia sebulan hadapi masalah usus, jantung sejak seminggu dilahirkan
- Ops Pengarah 4 keluar 43 saman




