GONG BADAK - “Alhamdulillah, arwah dah bagi didikan agama yang baik kepada anak-anak dan kini mereka dah dapat terima hakikat ibu tiada," luah Ahmad Ruzaizi Mahmood, 46.

Ahmad Ruzaizi merupakan suami kepada arwah Masni Ngah yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dipandunya terbabas masuk ke dalam parit dalam kejadian yang berlaku di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, 23 Januari lalu.

Masni yang sebelum ini bertugas sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut meninggalkan enam anak berusia antara 7 hingga 18 tahun.

"Ini semua di luar jangkaan. Jadi dalam situasi ini anak-anak dan saya sendiri ambil masa untuk kembali kuat.

"Arwah ibu seorang penyayang malah sangat komited dalam kerjayanya sebagai guru. Tanggungjawab saya sekarang untuk pastikan anak-anak membesar dengan baik," katanya.

Dia ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Banjir Peringkat Negeri Terengganu oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen Terengganu, di sini, semalam.

Majlis penyampaian disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Tambahnya, dia juga berterima kasih dan bersyukur kerana kesusahan dihadapinya mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk YGMB.

“Sebenarnya saya agak terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumkan saya dijemput menghadiri majlis hari ini (semalam) bersama-sama dengan anak-anak.

“Dalam saat berduka begini, nasib kami sekeluarga mendapat perhatian ramai dan saya berterima kasih kepada semua yang prihatin,” katanya.

Katanya, hasil sumbangan yang diterima itu akan digunakan untuk membuat majlis tahlil untuk arwah isteri serta selebihnya akan disimpan untuk kegunaan anak-anak.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Polis Miri menahan seorang lelaki berusia 53 tahun kerana didakwa mendera isterinya di Kampung Lereng Bukit di sini malam semalam.
  • BATU PAHAT - "Saya berjanji akan jaganya sehingga akhir hayat, malah akan terus memberikan semangat kepadanya,” kata Othman Saat, 48, selepas isterinya, Norsimah Mat Ali, 51, disahkan mengidap kanser payudara tahap empat.
  • KUALA DIPANG - Seorang bapa bimbang akan keselamatan isteri dan anak lelakinya kerana gagal dijejaki selepas berlaku salah faham antara pasangan itu, baru-baru ini.
  • KUALA TERENGGANU - Berpunca daripada perselisihan faham kecil, seorang suri rumah diseret sebelum dipijak beberapa kali oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus, Selasa lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.