MARANG – Seorang ibu sanggup berkorban menjaga anaknya sulungnya yang koma setelah diserang sawan ketika mengandungkan anak kedua ketika usia kandungannya lapan bulan.

Menurut Esah Yasin, 53, anaknya Haslinda Hassan, 30, terpaksa bersalin melalui pembedahan pada Mac lalu kerana itu dia masih koma.

"Masa bersalin dia tak sedar.. bayi yang lahir pun meninggal dunia kerana jantung lemah," katanya.

Katanya, suami Haslinda iaitu Hafiz Salleh, 29, bekerja sebagai pemandu di sebuah jabatan kerajaan dan bagi membantu mengurangkan beban menantunya, dia sanggup menjaga cucu dan anaknya itu.

"Dulu Haslinda tinggal di rumah suaminya di Bukit Payong, tapi saya susah nak ulang alik.. saya minta dipindahkan ke rumah ni.." katanya yang tinggal di Kampung Tebakan, di sini.

Bagaimanapun, Hafiz sentiasa menjenguk isteri yang merupakan kakitangan AADK Besut dan anaknya setiap hari selepas waktu kerja.

Menurut ibu Esah, kedatangan Aidilfitri tahun ini juga bagaikan tiada makna buat Haslinda, malah kemeriahan menyambutnya bersama suami dan anak sulung mereka, Norkhairunisa, 4, hanya tinggal kenangan.

“Sejak Januari lalu Haslinda tak dapat kerja.. kami sekeluarga yang bergilir jaganya, saya akan terus jaga dia hingga sembuh.

“Meskipun dugaan ini berat saya reda dan sebagai ibu saya akan beri yang terbaik untuknya termasuk menjaga anaknya (cucu) yang masih perlukan kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Esah berkata ketika menerima kunjungan Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang melawat Haslinda dan menyampaikan sumbangan peribadi berupa keperluan harian dan wang tunai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Ibu Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 17, menganggap remaja itu sebagai seorang anak yang kuat selepas menunjukkan tanda positif untuk sembuh daripada kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.
  • SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Indonesia yang melecur dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, dekat sini, semalam, dilaporkan masih dalam keadaan koma.
  • KUALA KRAI - Kanak-kanak yang koma setelah terlibat kemalangan lebih seminggu lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II, kira-kira jam 1.50 pagi semalam.
  • KUALA KRAI - Seorang bapa terpaksa mengambil cuti bagi menjaga dua daripada tiga anaknya yang koma di hospital selepas terlibat kemalangan di Sungai Durian, Jumaat lalu.
  • KOTA BHARU - Setelah tiga minggu koma, bergantung hayat dengan mesin oksigen, akhirnya semalam pelajar Tahfiz CT-One Islamic Centre, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai sudah boleh bernafas dengan sendiri.