KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merogol seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.

“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” katanya.

Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.

Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.

Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini kerana merogol anak tirinya yang baru berusia 11 tahun, dalam kejadian 10 tahun lalu.
  • KUANTAN - Dua kanak-kanak perempuan menjadi mangsa nafsu serakah jirannya selepas dirogol dalam dua kejadian berasingan di sebuah taman perumahan di Batu 11 Jalan Gambang di sini pada 6 November lalu.
  • PUCHONG - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol pengurus kedai tempatnya bekerja di rumah suspek berusia 50 tahun itu, di sini, baru-baru ini.
  • JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lagi warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes ibu melacur dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 13 tahun.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda kecewa apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, hari ini, menolak rayuannya agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah merogol dan meliwat teman wanitanya, tiga tahun lalu.