DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.
 
Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DUNGUN - Seramai 34 penagih dicekup menerusi Ops Perdana yang digerakkan Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Dungun dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, kelmarin.
  • DUNGUN - Bau busuk di pesisir pantai Paka, Kampung Cacar di sini sejak semalam terus menjadi tanda tanya apabila penduduk menyangkakan ia datang daripada bau mayat.
  • DUNGUN - Misteri kehilangan nenek berusia 98 tahun dari Bukit Murai, Tok Kah sejak enam hari lalu terungkai apabila dia ditemui meninggal dunia di kawasan ladang Felcra Bukit Murai, di sini, pagi tadi.
  • DUNGUN - Bagi meningkatkan lagi kemudahan dan mempromosikan lagi Pulau Tenggol, sebuah jeti perlu dibina untuk kemudahan pelancong yang datang ke pusat peranginan itu.
  • DUNGUN - Peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 yang dalam misi menjelajah seluruh semenanjung turut singgah di daerah ini bagi menyebarkan semangat cintakan negara kepada masyarakat setempat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.