KUALA NERUS - Seorang penganggur berusia 40 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru hidup kira-kira pukul 12 tengah hari di Kampung Saujana, Setiu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, pistol jenis Revolver .38 itu dijumpai di bahagian dapur rumah lelaki berkenaan yang disorokkan di dalam sebuah beg.

"Hasil pemeriksaan lanjut juga kita menemukan 10 butir peluru hidup bersama pistol tersebut. Kita masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol berkenaan dan motif memilikinya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fazlisyam berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu seorang pengedar dadah.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis tidak menemui dadah di dalam rumah suspek yang dihuni bersama abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU), katanya.

"Suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960," katanya. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan 72 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan, cubaan samun, samun hingga mencederakan dan rompakan secara berkumpulan.
  • ALOR SETAR - Seramai 20 ahli kongsi gelap ' Geng Pak Su' dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Kedah sejak dua tahun lepas.
  • BESUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan pengusaha, pengendali resort dan penduduk kampung di kawasan pulau peranginan di negara ini mendaftar sebagai sukarelawan atas talian atau lebih dikenali sebagai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha memerangi jenayah di kawasan tersebut.
  • ALOR SETAR - Ketua ‘Geng Pak Su’ antara empat lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.
  • KUALA TERENGGANU - Polis akan mengeluarkan senarai 626 orang yang dikehendaki (wanted person) secara berperingkat dalam usaha memburu suspek dan menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk kes berprofil tinggi di Terengganu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.