SHAH ALAM – Polis Shah Alam menafikan berita yang menjadi viral di Facebook, yang mendakwa berlaku kejadian melibatkan lelaki diperkosa golongan homoseksual di Taman Tasik Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya tiada menerima laporan oleh mana-mana individu berkaitan kejadian itu.

“Justeru, saya tidak dapat mengesahkannya,” katanya, semalam.

Individu dalam laman sosial itu berkongsi maklumat daripada kenalannya yang merupakan anggota polis meminta kaum lelaki berwaspada dengan beberapa kejadian lelaki dirogol ketika sedang berjoging di waktu malam oleh golongan homoseksual yang berbadan sasa di taman tasik itu.

Dakwanya, telah berlaku enam kes dan pakaian mangsa dikoyakkan juga terdapat kesan gigitan cinta di leher. 

Ramai di kalangan pengguna laman sosial berkongsi status tersebut menyebabkannya menjadi viral di Facebook.

Ada yang berkongsi rasa kurang percaya dengan kejadian tersebut dan ada pula yang menyatakan kebimbangan untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan itu.