SEGAMBUT – Seorang peniaga terpaksa menanggung saman sebuah kereta Viva bukan milik sendiri yang dialamatkan kepadanya pada awal Disember lalu.

Chan  Heng Kee, 60, berkata, apa yang menghairankan maklumat dalam surat saman itu menggunakan butiran van Nissan Vanette miliknya.

Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil kerana namanya masih tersenarai dalam rekod saman hingga ke hari ini.

Difahamkan kesalahan itu merekodkan dia memandu melebihi had di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

“Saya sudah kemukakan surat dan baru-baru ini saya menerima sekali lagi menerima saman pelik mengatakan saya tidak mematuhi lampu isyarat pada 11 Oktober di Setapak,” katanya  ketika ditemui  di Pejabat Parlimen Segambut. semalam.

Susulan itu satu surat telah dikirimkan kepada Ketua Polis Negara meminta penjelasan dan memperbetulkan kesilapan tersebut,” katanya.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan sebelum nama saya disenaraihitamkan kerana tidak menjelaskan saman,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEGAMBUT - “Saya betul-betul rasa tertekan.” Kata seorang remaja, Lim Jiann Yuw, 18, yang gusar kerana dituduh menjalankan perniagaan palsu melalui laman sosial Facebook.
  • SEGAMBUT - “Lori yang keluar masuk di sini sangat laju dan amat berbahaya,” demikian keluhan salah seorang penduduk di Jalan Segambut Bahagia, Khairuddin Karim, 59, yang gusar dengan lambakan kenderaan berat di kawasan berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.