KUALA SELANGOR – Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya Latar) semalam mengumumkan pembukaan lorong tambah nilai 24 jam di lebuh raya ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga mencatat jumlah tambah nilai sebanyak RM1 juta sejak dibuka 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Latar, Amran Amir berkata, lebih daripada 20,000 pengguna menikmati kemudahan disediakan di dua plaza tol strategik iaitu Plaza Tol Kuang Timur bagi pengguna dari arah Kuala Selangor dan Plaza Tol Kuang Barat untuk pengguna dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, Latar adalah syarikat konsesi lebuh raya pertama di Lembah Klang menawarkan perkhidmatan lorong tambah nilai 24 jam selain daripada khidmat tambah nilai disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

“Perkhidmatan lorong tambah nilai 24 jam dan penambahan waktu operasi di lebuh raya ini adalah sebahagian daripada tanggung jawab korporat sosial syarikat kerana kami memahami keperluan pengguna.

“Kami menawarkan akses mudah dan perkhidmatan sedia ada kepada pengguna lebuh raya untuk menambah nilai kad Touch n’ Go di lebuh raya ini tanpa caj tambahan pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan,” katanya.

Menurutnya, rekod menunjukkan majoriti pengguna menambah nilai selepas jam 5 petang di mana waktu ini adalah waktu puncak pengguna pulang dari tempat kerja serta waktu malam iaitu pada jam 7 malam dan ke atas.

Beliau berkata, pengguna yang menggunakan sistem tersebut layak mendapat rebat tol sebanyak 20 peratus diberikan kerajaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Kerajaan negeri memberikan jaminan akan membatalkan pemberimilikan tanah di Kampung Sungai Yu sekiranya terbukti penerima terbabit tidak layak untuk tanah berkenaan.
  • KUALA SELANGOR - Hampir 50 penduduk setempat membantah senarai nama penerima lot tanah di Kampung Sungai Yu yang terbukti bertentangan syarat pemilikan tanah yang diberikan kerajaan negeri.
  • KUALA SELANGOR - Waris kepada seorang kanak-kanak, Muhammad Hafiz Dewan Monir Uzzaman, 6, dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor.
  • KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri Selangor diminta membentangkan semula Belanjawan 2018 yang baharu berikutan pembentangan bajet sebelum ini didakwa tidak mematuhi perlembagaan sedia ada.
  • KUALA SELANGOR - Sebanyak 316 kompaun dikeluarkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selepas tindakan penguatkuasaan semasa Operasi Lesen (Ops Gajah) Fasa 1 dan 2 sepanjang Ogos dan awal Oktober tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.