KUALA LUMPUR - Trafik mengalami kesesakan di plaza tol Sungai Besi Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke pusat bandar pagi ini berikutan penutupan terowong SMART sejak pukul 8 malam tadi.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan kesesakan tersebut dikesan sejak 6.30 pagi tadi namun laluan menghala ke Seremban berjalan lancar.

Sementara itu Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan terowong itu ditutup kepada lalu lintas mulai 8 malam berikutan hujan lebat di samping membolehkan operasi banjir SMART dijalankan.

"Kami merayu pemandu kenderaan bersabar dan bekerjasama selain mematuhi arahan mengenai penutupan terowong melalui pengumuman media, pelbagai papan tanda arahan, laman sesawang Smart Tunnel www.smarttunnel.com.my; twitter @smarttunnel atau melalui Facebook Smart Tunnel Facebook," kata kenyataan itu.

Bilik Gerakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memberitahu  beberapa kawasan mengalami kesesakan dipercayai berpunca daripada hujan lebat.

Antara kawasan yang sesak ialah di Lebuhraya NKVE dari Shah Alam menuju Subang dan Lebuhraya ELITE dari Putrajaya menuju ke Seafield. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang harus memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam urusan melibatkan kepentingan rakyat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
  • KUALA LUMPUR - Remaja berusia 13 tahun antara yang ditahan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Siri 38, pada Jumaat lalu setelah didapati positif dadah.
  • KUALA LUMPUR - Walaupun sudah sembilan hari mengalami kebakaran, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung di sini masih menjadi tumpuan ramai.
  • KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang mengaku sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara yang ditahan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) malam tadi setelah dipercayai terlibat dalam penagihan dadah.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran memberi mandat kepada badan bukan kerajaan (NGO) setempat bagi memantau pusat-pusat tahfiz dalam kawasan setempat secara lebih terperinci.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.