KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 malam ini berikutan kerja-kerja pembaikan  pada paip utama yang pecah di belakang tapak kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam.          

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dianggarkan mengambil masa 48 jam untuk siap sepenuhnya.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai," menurut kenyataan itu.

Antara kawasan di Klang dan Shah Alam yang terjejas ialah Seksyen 21, Seksyen 26, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Seksyen 33, Bandar Putera, Taman Samarinda dan Taman Desa Kemuning.

Di Petaling, antara kawasan yang terlibat ialah USJ 1 hingga USJ 15; USJ 3A, 3B, 3C dan 3D; Subang Heights, Taman Perindustrian UEP TP1 hingga TP7; Putera Avenue dan Putra Setia.

Menurut Syabas, bekalan air bantuan akan dilakukan melalui lori tangki ke kawasan yang terlibat dan ​​​​​​pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS (taip: Tanker Nama dan Alamat) ke 15300.

Orang ramai boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR BAHARU - Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) kini menyenaraikan Mukim Sungai Batu sebagai hotspot dalam senarai kawasan yang sering mengalami masalah gangguan bekalan air.
  • SEREMBAN - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Rembau di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam pada 4 Oktober ini bermula 8 pagi berikutan kerja-kerja pemasangan paip dari kolam imbangan Bukit Sembilan ke Gemencheh-Rembau.
  • SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyerbu sebuah kilang yang menghasilkan produk kesihatan di Kawasan Perindustrian Senawang, di sini, hari ini, kerana disyaki menjadi punca kepada gangguan bekalan air.
  • PADANG BESAR - Pengguna air di enam kawasan di negeri ini menghadapi gangguan bekalan air ekoran rumah pam air mentah di loji air Empangan Timah Tasoh, Beseri dekat sini ditenggelami air.
  • SEREMBAN - Sebahagian kawasan Jempol dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula jam 8 pagi esok hingga 8 pagi lusa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.