KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran dan bintang kepada 107 penerima pada Istiadat Penganugerahan/pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-72 di Istana Alam Shah, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K), yang merupakan Darjah Kebesaran yang paling tinggi di negeri ini.

Antara penerima adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membolehkan kedua-duanya memakai gelaran Dato' Seri.