KOTA KINABALU - Polis Sabah akan mempertingkat kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di sini pada 16 Sept ini bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata pihaknya telah mempersiapkan pegawai dan anggota polis yang mencukupi termasuk kawalan trafik untuk ditugaskan khusus bagi menjamin kelancaran sambutan itu, yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Likas.

"Kawalan keselamatan ini tidak hanya meliputi Likas tetapi juga di ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah). Kami faham, memang ramai akan turun pada hari (sambutan) itu, dan (kawalan keselamatan juga meliputi) Lapangan Terbang (Antarabangsa Kota Kinabalu) dan kawasan sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai Kayuhan Patriot Hari Malaysia anjuran Biro Tatanegara (BTN) Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata keselamatan perairan Sabah berada dalam keadaan terkawal dan pihaknya sentiasa bersiap siaga selain terus memperketat kawalan dari semasa ke semasa. - Bernama

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAMPIN - “POLIS jujur, amanah. Hanya itu yang terlintas di hati saya sebaik melihat dompet sarat berisi wang di atas rumput berhampiran stesen minyak di Pulau Sebang,” kata anggota gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Konstabel Mohamad Nor Fahami Abd Kadir, 30, ketika ditemui Sinar Harian di Balai Polis Tampin di sini, semalam.
  • BUKIT MERTAJAM - Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes bayi berusia 46 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis lalu dalam masa terdekat.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang Pegawai Perhubungan Polis akan dilantik di setiap masjid yang dikenal pasti sering menjadi sasaran pencuri di sekitar daerah ini.
  • HULU TERENGGANU - Polis Terengganu berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi hadapi PRU14 akan datang dengan menempatkan 2,400 pegawai dan anggota bertugas mengawal keselamatan sepanjang tempoh berkenaan.
  • KUALA LUMPUR - Lapan anggota polis dan lima anggota bomba mengalami pedih mata selepas disembur sejenis cecair pemedih mata yang digunakan untuk menghalau beruang oleh seorang wanita di sebuah residensi Mont Kiara, Jalan Dutamas Raya, di sini, semalam.