BELURAN - Mayat seorang nelayan yang hilang semalam ditemukan terapung di perairan Pulau Puru-Puru berhampiran Pulau Keniogan dekat sini hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Almar, 30, ditemukan pada kira-kira jam 1.30 petang.

Katanya pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dan Beluran dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan pada jam 12.37 tengah hari dan mayat mangsa ditemukan sejam kemudian.

Menurut Anddre mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis dan dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.