KUANTAN - Sebanyak 106 aduan penduduk sepanjang dua tahun berturut-turut telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk tindakan selanjutnya.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, aduan tersebut perlu diselesaikan MPK kerana ia melibatkan isu masyarakat setempat.

“Sebanyak 38 kes, tahun 2016 dan 68 kes pada tahun 2017 telah diserahkan kepada pihak MPK pagi tadi.

“Kita harapkan ada tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada kunjungan itu, Chean Chung bersama pasukan khidmatnya ke MPK bertemu dengan Setiausaha MPK, Hamiza Hamzah.

turut hari pada kunjungan itu, Pengarah Jabatan Pengurusan dan Penguatkuasaan Mohd Fauzee Muhammad, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Muhammad Azha Abd Rani selaku Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Ketua Sekysen Perhubungan Awam, Izad Zainal Muhammad Safian.

Chean Chung berkata, beberapa perkara juga dibincangkan seperti masalah kereta terbiar di kawasan perindustrian dan taman perumahan, isu tanglung di Jalan Air Putih, masalah sistem perparitan yang lama dan sebagainya.

Beliau berharap selepas adanya perjumpaan terbabit, isu setempat penduduk bandar Kuantan dapat diselesaikan segera.