ROMPIN - Susulan air yang semakin surut, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Rekoh, di sini yang menempatkan 26 mangsa telah ditutup setakat jam 12 tengahari tadi.

Kampung itu telah dilanda banjir sejak petang Jumaat lalu selepas dua kampung di Mukim Endau turut menerima nasib yang sama namun 200 mangsa di sana dibenarkan pulang lebih awal.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Rompin, Mohd Normi Mat Noh, berkata, banjir termenung di Kampung Rekoh sebelum ini antara lain disebabkan oleh faktor kedudukan kampung itu terletak di kawasan rendah selain berhampiran Sungai Keratong.

Bagaimana pun, tinjauan pagi ini mendapati keadaan banjir semakin pulih dan rumah kediaman semua mangsa telah bebas daripada banjir.

"Cuaca yang semakin baik dan air yang telah surut membolehkan semua mangsa dibenarkan pulang setakat jam 12 tenghari tadi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - “Hujan lebat dalam masa lima minit, air terus naik masuk dalam rumah, kami hanya sempat selamatkan barang penting dan arahkan cucu-cucu yang masih kecil ke balai raya,” luah Lahawiyah Abdul Latif, 69, penduduk Jalan Permatang 7, Kampung Kempas Baru, di sini.
  • RAUB - Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat kepada 213 mangsa sehingga jam 10 pagi ini berbanding 187 mangsa awal pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 32 orang setakat 8 pagi ini.
  • PASIR MAS - Mangsa banjir di Kampung Kolam, Gelang Mas tetap berwaspada membersihkan rumah yang ditenggelami banjir bagi mengelakkan disengat haiwan berbisa.
  • KUALA BERANG - Tanggapan air 'paras selamat’ sering disimpulkan penduduk melalui pengalaman mereka hadapi banjir sebelum ini tidak seharusnya dijadikan kayu ukuran atau penanda aras oleh mangsa-mangsa banjir untuk tidak segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya rumah mereka dinaiki air.