BANDAR RAUB – Tingkat atas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Raub terbakar ketika semua kakitangannya keluar rehat tengah hari, kelmarin.

Penolong Kanan Penguasa  Bomba Raub, Mohd Kamil Abd Jabbar berkata, dua jentera bomba dan satu kenderaan utiliti dengan kekuatan tujuh anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan bahagian belakang bangunan di tingkat atas musnah.

“Kita terima panggilan pada jam 2 petang dan api berjaya dikawal pada jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Mohd Kamil berkata, siasatan mendapati tidak ada seorang pun kakitangan di pejabat berkenaan ketika  kebakaran berlaku.

Katanya, laporan siasatan juga sedang disiapkan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian.  “Tidak ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. “Setakat ini kita menjangkakan ia berpunca daripada elektrik tetapi punca sebenar masih dalam siasatan,”  katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tidak berlaku penggunaan barangan elektrik berlebihan pada satu soket.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR RAUB - - Seorang wanita menjadi mangsa jerat percintaan menerusi jaringan sosial Facebook apabila suspek yang menyamar sebagai lelaki Inggeris menggelapkan wang mangsa sebanyak RM3,800.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.