KUANTAN - Datuk Mohd Zaili Besar dianugerahkan Anugerah Khas Tokoh kepimpinan  Pendidikan Guru Peringkat Daerah Kuantan 2018.

Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan beliau dalam bidang pendidikan sewaktu berkhidmat sebagai guru sebelum menceburi diri dalam arena politik.

Beliau yang juga Calon BN di Dun Panching pada PRU14 ini  antara empat penerima anugerah pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan 2018 di sini hari ini.

Pada majlis itu, mantan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Rosdi Ismail dianugerahkan Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru 2018 manakala  Presiden Kesatuan Guru-Guru  Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohammed Sabri Mohd Arshad diumumkan Tokoh Guru 2018 kategori sekolah rendah.

Sementara itu, bekas  Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Lailatun Zalaliah Hussain dianugerahkan Tokoh Guru kategori sekolah menengah.

Anugerah kepada penerima disampaikan ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.