KUANTAN - Kira-kira 80,000 pemegang akuan pengguna, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air selama seminggu sehingga dua minggu.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan bekalan air disebabkan paras air sungai di muka sauk Kobat yang telah surut secara mendadak.

Menurutnya,pihaknya telah mengenal pasti punca dan mendapati tambakan sungai berhampiran yang telah pecah.

"Sehubungan dengan itu, tindakan pembaikan sedang diambil oleh pihak berwajib. Pihaknya juga telah menyediakan lori tangki air kepada pengguna di kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air. Pemulihan bekalan bergantung kepada kerja pembaikan tambakan sungai yang dijangka mengambil masa sehari sehingga dua minggu.

"Bagi pengguna yang ingin mengambil bekalan air secara persendirian, pengguna boleh mengambil di Jalan Kompleks SUKPA, Bandar Indera, di sini," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nurul Farhana berkata, antara kawasan yang terjejas ialah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk Bandar Damansara; Taman Datuk Rashid, Jeram, Aspa Cottage, Jabor, Sungai  Karang, Balok,Sungai  Ular, Pelabuhan, Cherating, Kawasan Perindustrian Gebeng dan kawasan sekitarnya akan mengalami tekanan rendah serta  putus bekalan.

Sementara itu, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan di Jalan Tengku Muhammad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah,kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh  Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjungg. Api dan kawasan sekitarnya turut terjejas.

Seluruh kawasan  perumahan Indera Mahkota (IM)1 hingga 16, Kampung Tiram, Industri IM termasuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawangan Kuantan serta kawasan sekitarnya.

Selain itu, kawasan ‪Jalan Sungai Lembing dari Taman Impianku, Kampung Padang sehingga Perkampungan Orang Asli Bukit Bangkong termasuk Batu Sawar, Bukit Kuin , BukitGoh, Bukit Goh Perdana dan kawasan sekitarnya akan mengalami tekanan rendah dan  putus bekalan.

Seterusnya, kawasan yang terlibat ialah  perumahan dan perniagaan di Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad,Galing Besar, Galing Kecil, Galim Kem, Setali dan kawasan sekitarnya, seluruh Jalan Bukit Sekilau dan Taman Bukit Ubi dan kawasan sekitarnya juga terjejas.

Seluruh Kawasan Taman Fairmount, Bukit Bayrout, Jalan Bukit Setongkol, Cenderawasih, Jalan Pintasan Tanah Putih - Bukit Setongkol, Kampung Paya 3 serta seluruh Kawasan Jalan Haji Junid, Jalan Darat Makbar, Jalan Kampung Tengah, Kampung Tengah, Jalan Kampung Jawa, Kampung Jawa, Sri Teruntum, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Kemunting, Pasar Borong Tanah Putih, LKIM, MPK, HTAA serta Kawasan Sekitarnya.

Kawasan Jalan Mahkota, Jalan Bank, Jalan Abdul Aziz, Jalan Besar, Jalan Tun Ismail, Jalan Gambut, Jalan Bukit Ubi, Seluruh Kawasan Bandar, Bangunan SUK serta Kawasan Sekitarnya akan mengalami masalah sama.

Dalam pada itu, Nurul Farhana menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL), di talian ‪09-573 9999.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :