JERANTUT – Persatuan Belia Warisan Mat Kilau minta pihak berkenaan tampil membaik pulih kemudahan padang awam berdekatan Pejabat Penghulu Pulau Tawar, dekat sini bagi membolehkan pelbagai aktiviti sukan dapat dijayakan.

Pengerusinya, Hasrul Nizam Zulkifli berkata, kemudahan padang awam, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw antara yang rosak teruk dan langsung tidak boleh
diguna pakai sehingga kini.

Menurutnya, bagi setiap aktiviti sukan dan sesi riadah petang yang mahu dilakukan belia dan remaja di kampung tradisi berkenaan, mereka terpaksa menumpang padang sekolah rendah berdekatan.

“Sudah lebih lima tahun kemudahan itu rosak dan terbiar menyebabkan kami tiada tempat yang sesuai untuk bersukan. Menumpang padang sekolah juga mengundang kesulitan kerana secara tidak langsung, aktiviti riadah petang belia di sini dikhuatiri akan mengganggu aktiviti sekolah.

“Kami amat mengharapkan kepimpinan setempat agar tampil membantu menyelesaikan masalah ini berikutan kemudahan padang ini amat diperlukan,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Mohd Ikram Rosli pula berkata, persatuan belia di sini tidak mengetahui status sebenar mengapa kemudahan padang dan gelanggang dibiarkan rosak tanpa dibaik pulih.

Menurutnya, padang sedia ada berlopak selain tidak rata dan terlalu semak sekali gus tidak selamat untuk digunakan ekoran berisiko mengundang kecederaan dan menjadi ‘sarang’
haiwan berbisa.

“Menurutnya, persatuan belia turut mengajukan masalah itu kepada kepimpinan peringkat kampung namun seperti tiada maklum balas ekoran keadaan padang tetap rosak tanpa dibaik pulih.

“Kami amat berharap agar kemudahan awam ini dibaik pulih bagi membolehkan masa lapang belia dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JERANTUT - Pertemuan yang dirancang sejak enam bulan lalu berjaya mengumpulkan 14 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Jerantut tahun 1974 sehingga 1979.
  • JERANTUT - Seramai 20 Orang Kena Pengawasan (OKP) terlibat dalam Program Orientasi OKP anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut, di Klinik Daerah Jerantut, minggu lalu.
  • JERANTUT - Walaupun mempunyai masalah sendi pada kedua belah kaki, seorang bapa di Felda Jengka 24 di sini, tidak pernah menjadikan kesakitan dialaminya itu alasan untuk mengabaikan seorang anak dan cucu.
  • JERANTUT - Sebuah rumah separa kekal di Felda Sungai Tekam Getah, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi.
  • JERANTUT - Pekebun kecil dan penoreh getah perlu mendapatkan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) atau kad hijau sebelum layak mohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.