KUANTAN – Menerusi Ops Patuh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebanyak 200 syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor di negeri ini telah dikenal pasti masih aktif namun gagal menunaikan tanggungjawab membayar cukai sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Mahmood Daud berkata, syarikat terbabit didakwa gagal memulangkan Borang C bagi tujuan semakan cukai hasil.

Katanya, daripada kegagalan tersebut dianggarkan hasil pungutan cukai LHDN sebanyak RM40 juta.

“Kebanyakan syarikat tersebut terdiri daripada pelbagai bidang termasuk kilang pembuatan, perkhidmatan sama ada berhad mahupun sendirian berhad mempunyai aset bernilai tinggi.

“Hasil maklumat yang diperoleh adalah daripada siasatan dan juga semakan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Beliau berkata dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kunjungan Mesra Hasil (Ops Patuh) Peringkat Nasional Siri Dua 2017, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi Ops Patuh tersebut, pihaknya komited dalam meningkatkan peratusan kutipan cukai langsung bagi negara termasuk meningkatkan tahap pematuhan cukai.

“Semua syarikat berkenaan akan dikunjungi dalam masa dua hari bermula hari ini (kelmarin) hingga esok. Kita akan keluarkan notis kepada syarikat terbabit dan mereka perlu mengemukakan Borang C.

“Kegagalan patuhi notis boleh dikena tindakan kompaun RM200 hingga RM2,000 bagi setiap borang nyata cukai pendapatan yang gagal dikemuka, dan boleh didakwa mengikut Subseksyen 120 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KULAI - Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse meminta kerajaan negeri agar mengecualikan arahan mendapatkan permit untuk aktiviti pendakian Gunung Pulau di Taman Eko Rimba (TER), Gunung Pulai, di sini.
  • TANJUNG MALIM - PKR Perak mengecam double standard diamalkan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dalam menuntut tunggakan cukai taksiran dalam kawasannya.
  • MALIM NAWAR - Kerajaan negeri perlu meneruskan rancangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bagi membantu merangsang kegiatan ekonomi yang lebih rancak di Perak.
  • GEORGETOWN - Rumah pangsa yang bersaiz 700 kaki persegi atau ke bawah layak menerima pengecualian cukai taksiran bagi 2016 dan 2017 yang dilaksanakan di negeri ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.