BANDARAYA MELAKA - Pencuri gagal melarikan wang yang disimpan di dalam mesin tukaran wang syiling selepas memecah masuk sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian disedari pemiliknya, berusia 49 tahun, sebaik penggera kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berbunyi pada telefon bimbit kira-kira jam 7.55 pagi.

"Pemilik kedai telah pergi ke kedai dobinya dan mendapati terdapat satu lubang berdekatan dengan mesin tukar duit manakala mesin bahan pencuci telah pecah.

"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, pemiliknya mendapati mesin tukaran wang dari bahagian belakang ada kesan potong manakala pemeriksaan rakaman CCTV mendapati ia dilakukan oleh seorang lelaki.

"Suspek juga dikatakan telah mencuba sebanyak tiga kali untuk masuk bagi tujuan hendak mencuri wang syiling berkenaan serta cuba memecahkan dinding papan kedai, tetapi tidak berjaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Setakat ini polis masih lagi menyiasat kejadian ini dan kes di siasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERMAISURI - Selepas kehilangan sebuah lori tiga tan pagi Rabu lalu, seorang lagi penduduk di bandar Permaisuri terpaksa berputih mata setelah motosikal jenis Honda EX5 miliknya hilang jam 2 petang, pada petang Khamis.
  • BINTULU - Polis menahan tiga lelaki tempatan di dua lokasi berasingan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri trak pikap, motosikal dan komputer riba di sini.
  • SLIM RIVER - Polis mengambil masa lebih enam jam untuk mengeluarkan beberapa komponen jentera seberat antara 8 hingga 10 tan yang dibuang ke dalam gaung oleh sekumpulan lelaki, dipercayai suspek kes curi, Jumaat lalu.
  • KEPALA BATAS - Polis menahan empat individu termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes mencuri komputer dan komputer riba di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua dekat sini.