MELAKA - Dewan Pemuda Pas Melaka mempertikai tindakan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang dikatakan menyekat bantuan zakat untuk pelajar-pelajar aliran agama di Mesir.

Ketua Pemuda Pas negeri, Jauhar Mohd Dawi berkata, daripada maklumat yang diterima, pelajar aliran agama di Mesir dikenakan syarat tertentu untuk mendapatkan wang zakat.

Menurutnya, pelajar terbabit tidak wajar dikenakan syarat sedangkan mereka adalah asnaf yang layak.

“Antara aduan yang kami terima daripada ibu-bapa, anak-anak mereka perlu menandatangani surat pinjaman belajar terlebih dahulu baharulah zakat boleh di berikan kepada mereka.

“Ini merupakan satu bentuk pencabulan dalam penerimaan zakat kepada asnaf.  Mereka perlu tahu bahawa pelajar ini merupakan salah satu asnaf yang boleh menerima wang zakat bagi menampung keperluan pelajaran,” katanya.

Jauhar berkata, syarat berkenaan diakui sendiri pegawai Tapem bertugas apabila menyatakan polisi tersebut di buat oleh  Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan mereka hanya melaksanakan tugas-tugas ditetapkan.

“Pemuda Pas berharap tiada syarat-syarat tambahan dalam pemberian wang zakat kepada pelajar ini demi meningkatkan kualiti ilmuwan anak negeri Melaka.

“Jika perkara ini tidak di selesaikan segera Pemuda Pas risau akan ada berlaku isu lain dalam pengurusan pemberian zakat di Melaka,” katanya.

Katanya, beliau percaya isu tersebut boleh diselesaikan jika ada sifat ingin membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat  lebih tinggi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai ‘Street Dakwah’ di pekarangan Stadium Darul Aman, sebelum perlawanan Kumpulan C Liga Malaysia Kedah dan Kelantan, kelmarin.
  • TELONG - Pemuda Pas Cawangan Telong bersiap sedia menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan tahun ini.
  • PASIR MAS - Pemuda Pas Kelantan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, kelmarin berhubung penganjuran konsert Karnival Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar pada 1 Oktober lalu.
  • KOTA BHARU - Pemuda Pas meminta Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) henti sebar fitnah yang tidak betul serta memberi masa untuk Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyelesaikan isu bekalan air bersih dalam tempoh seperti yang dijanjikan.
  • KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menggesa supaya Umno menyiasat dakwaan yang mana adanya pemimpin parti itu sengaja menyekat pembangunan daripada kerajaan pusat di negeri ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.