BANDARAYA MELAKA - Pas Melaka mempertandingkan lima kerusi Parlimen dan 24 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU14 Pas Melaka yang diadakan di Dewan Mualim Bukit Katil di sini, semalam.

Menurut Kamarudin, jumlah calon berkenaan adalah yang terbesar semenjak penglibatan Pas di dalam pilihan raya umum selepas negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya, kesemua individu yang dicalonkan sudah berbaiah dan melafazkan ikrar taat setia terhadap perjuangan Islam dan parti semalam.

“Daripada 29 kerusi yang akan kita tandingi pada PRU14 nanti, 24 daripadanya adalah kerusi Dun manakala lima lagi adalah kerusi Parlimen.

“Sementara sembilan orang merupakan golongan agama, lima ahli perniagaan, tujuh dalam kalangan profesional dan lapan orang lagi ialah aktivis parti,” katanya.  

Senarai calon Pas Melaka

Parlimen

1. Nasir Othman (Masjid Tanah)

2. Mohammad Nazree Mohammad Aris (Alor Gajah)

3. Zulkifli Ismail (Tangga Batu)

4. Dr Md Khalid Kassim (Hang Tuah Jaya)   

5. Abd Alim Shapie (Jasin)

Dun

1. Azmi Sambul (Kuala Linggi)

2. Imran Abdul Rahman (Tanjung Bidara)  

3. Jamarudin Ahmad (Ayer Limau)

4. Arshad Mohamad Saron (Lendu)

5. Asri Shaik Abdul Aziz (Taboh Naning)  

6. Mohammad Rashidi Abd Razak (Rembia)  

7. Emransyah Ismail (Gadek)  

8. Wan Zahidi Wan Ismail (Machap Jaya)  

9. Mohsin Ibrahim (Durian Tunggal)  

10. Azlan Maddin (Asahan)  

11. Abdul Halim Maidin (Pantai Kundur)  

12. Rafie Ahmad (Paya Rumput)  

13. Mohd Shafiq Ismail (Klebang)  

14. Ramli Dalip (Pengkalan Batu)  

15. Sepri Rahman (Ayer Keroh)

16. Muhamat Puhat Bedol (Bukit Katil)  

17. Jantan Abdullah (Ayer Molek)  

18. Kamarudin Sidek (Duyong)

19. Rosazli Md Yasin (Telok Mas)

20. Suhaimi Harun (Bemban)

21. Kintan Man (Rim)  

22. Ahmad Bilal Rahudin (Serkam)

23. Abdul Malek Yusof (Merlimau)

24. Zakariya Kasnin (Sungai Rambai)