PORT DICKSON - Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak yang mati dipercayai didera masing-masing berusia 35 tahun dan 30 tahun tiba di Mahkamah Majistert Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman sekitar jam 9.10 pagi tadi.

Kanak-kanak sembilan tahun itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam kelmarin dipercayai akibat didera.

Terdahulu dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepayang Fairpark Ipoh Perak malam tadi.