GEMENCHEH – “Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pak cik dah diambil orang."

Itulah kata-kata dari petugas BR1M 2.0 yang masih kekal dalam ingatan Idris Dahalan, 76, hingga ke hari ini ketika dia ingin mengambil bantuan berkenaan buat kali kedua di Dewan Sri Gemencheh pada 28 Februari lalu.

Menurutnya, dia masih tertanya-tanya siapakah individu yang mengambil baucar RM500 miliknya itu sedangkan dia tidak pernah mewakilkan sesiapa dan memberikan kad pengenalannya kepada orang lain.

“Pak cik pelik juga tetapi atas nasihat petugas berkenaan, pak cik membuat satu laporan di Balai Polis Gemencheh pada hari yang sama.  

"Malah, pak cik turut pergi sejauh lebih 60 kilometer pergi dan balik dari rumah pak cik di Sungai Dua, Gemencheh ke Pejabat Daerah Tampin pada sebelah petangnya bagi membolehkan masalah berkenaan selesai, " katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Dua, semalam.

Idris berkata, sehingga ke hari ini masalah berkenaan masih lagi belum selesai dan dia masih menunggu jawapan positif daripada pihak bertanggungjawab mengenai status baucar BR1M.

“Kalau dulu dapat RM250 pun kami suami isteri sudah gembira kerana dapat menambah perbelanjaan dapur inikan pula RM500.  Impian kami lebur begitu sahaja apabila baucar BR1M kami diambil orang lain dan ia masih belum lagi selesai hingga ke hari ini, " katanya.

Lebih menyedihkan lagi dia juga perlu menjaga isterinya, Sepiah Musa, 75, yang lumpuh sejak empat tahun lalu setelah diserang demam teruk susulan virus bawaan nyamuk iaitu demam Chikungunya.

Idris berkata, dia dan isteri kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan wang pencennya sebagai pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi menguruskan perbelanjaan dapur dan keperluan lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BALING - Kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tidak mustahil diumumkan naik kepada RM3,000 menjelang tarikh PRU14 yang semakin hampir.
  • HULU BESUT - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gong Duek di sini menafikan kes seorang lelaki mengamuk dengan menetak keretanya disebabkan tidak dapat BRIM atau masalah kewangan lain.
  • MARAN - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disaran membeli insurans sebagai perlindungan diri serta jaminan jika ditimpa kemalangan.
  • GUA MUSANG - Hampir RM1 juta diperuntukkan oleh kerajaan dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kepada 2,097 penerima di kalangan penduduk Orang Asli di daerah ini.
  • RANTAU PANJANG - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ternyata memberi kemudahan kepada rakyat, namun kerajaan digesa menambah baik konsep agihan agar tidak membebankan rakyat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.