GUA MUSANG - Jarang ditemui surau dibina dalam gua batu kapur di negara ini namun, di gua batu kapur yang dikenali Gua Madu terdapat surau yang dibina penduduk Kampung Batu Papan untuk memudahkan pengunjung solat berjemaah.

Surau berkenaan boleh memuatkan lebih 20 jemaah dan turut menyediakan tempat mengambil air wuduk menerusi pengaliran air dari batu gua tersebut.

Bagaimanapun, surau dalam gua itu terpaksa dikunci, dan hanya dibuka pada waktu masuk solat sahaja untuk mengelakkan golongan berkenaan menyalahgunakan surau dengan menjadikan tempat untuk berasmara.

Pengunjung, Che Husin Ahmad, 45, berkata, gua batu kapur itu sentiasa dikunjungi pengunjung kerana bukan sahaja keindahan alam semulajadinya juga adanya surau dalam gua.

Dia mengakui tempat pelancongan lain yang ada gua tidak mempunyai kemudahan­ seperti itu, dan kerjasama penduduk tempatan berbuat demikian amat baik.

“Surau dalam gua itu cukup selesa untuk pengunjung berhenti rehat sambil menunaikan solat,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Salleh Hassan, 52, pula berkata, sejarah Gua Madu itu memang menarik sekali kerana sebelum ini menjadi tempat lebah membuat sarang, dan memberi peluang penduduk mengambil madunya.

Dia berkata, berhampiran gua itu juga mempunyai pengaliran air sungai yang jernih.

“Kita bersyukur kerana Gua Musang mempunyai banyak tempat menarik dan bersejarah bagi menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam dan luar negara,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - Penduduk kampung Orang Asli di Pos Sangwai, Lojing, di sini, hidup dalam ketakutan apabila diancam bahaya dengan runtuhan tanah yang berlaku kira-kira 40 meter dari kawasan rumah mereka.
  • GUA MUSANG - Program Jom Ke Sekolah dengan kerjasama Felda dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.
  • GUA MUSANG - Masalah sosial dalam kalangan belia Orang Asli kini amat membimbangkan khususnya dalam isu pengambilan minuman keras.
  • GUA MUSANG - Dua pekerja warga asing maut tersepit dalam mesin melombong bijih besi di tapak perlombongan bijih besi Kampung Aring 5 di sini, semalam.
  • GUA MUSANG - Empat Orang Asli dari Pos Tuel, di sini, nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter, di Pos Ber, di sini malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.