KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan dua, sempat meminta tolong sebelum dipercayai lemas di bawah jambatan Pasir Tumboh di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Mohamad Lokman Hakim Othman, 14, pelajar Sekolah Menengah Kubang Kerian 2, itu dilihat terkapai-kapai meminta tolong namun tidak dapat diselamatkan sorang saksi yang secara kebetulan lalu di kawasan itu memandangkan air terlalu dalam.

Saksi Muhammad Saifulnizam Suhaimi, 18, berkata, ekoran keadaan sungai yang dalam dia cuba meminta bantuan penduduk kampung.

Akhirnya dengan bantuan penduduk kampung, mangsa berjaya ditarik menggunakan jala namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50 petang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.