KOTA BHARU - Petrol Ron 95 percuma yang diagihkan di Petronas Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, tadi, habis hanya dalam tempoh sejam.

Sejumlah 430 liter petrol itu dapat dirasai 300 penunggang yang beratur sepanjang 300 meter bersama motosikal masing-masing bermula pada jam 5.30 petang.

Program khidmat komuniti kumpulan laman sosial terkenal, IRDK (Info Rakyat Dalam Komuniti) tersebut mendapat tajaan seorang peguam, Muhammad Hasif Hasan dan penjual kosmetik, Nur Fasihah Husain.

Muhammad Hasif berkata, biarpun hanya RM3 petrol dibelanjakan bagi setiap pengguna, tajaan diharapkan dapat meringankan beban golongan sederhana yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan menguruskan kehidupan seharian mereka. 

"Program ini berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengguna dan maklum balas yang baik ini memberi gambaran kepada kami bahawa program seumpama ini boleh dianjurkan lagi pada masa hadapan. 

"Objektif kami hanya mahu membantu meringankan bebanan pengguna walaupun dalam jumlah yang tidak besar, tetapi sedikit sebanyak tetap dapat membantu mereka," katanya.

Program julung kali itu juga mendapat kerjasama Pengurus Petronas Padang Tembak, Iskandar Afian Ismail yang turut menyediakan makan serta minuman percuma kepada para pelanggan. 

Hadir sama, Pengasas IRDK, Rosman Awang Halim atau dikenali sebagai Kubi yang membantu menghebahkan program di laman berkenaan sejak semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Bekalan minyak masak paket agak sukar di dapati sejak kebelakangan ini dan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga di sini kerana terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang ingin mendapatkan bekalan itu.
  • KUANTAN - Sebanyak 1,000 buah motosikal mendapat peluang mengisi petrol ke dalam kenderaan masing-masing menerusi program 'Jom Petrol Percuma' sempena sambutan Hari Malaysia di sini hari ini..
  • TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Taiping berjaya merampas sebanyak 5,200 liter minyak diesel dan 900 kilogram minyak masak dalam satu pemeriksaan di sebuah setor di Jalan Taiping-Bagan Serai berhampiran Taman Berkat, di sini.
  • ALOR SETAR - Semua gerai makan dan restoran di negeri ini diwajibkan memasang alat perangkap minyak selepas kerajaan negeri menguatkuasakan enakmen Kerajaan Tempatan, dalam masa terdekat.
  • KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) komited meningkatkan kesedaran pengguna dan peniaga bagi memastikan sasaran 22 peratus kadar kitar semula dapat dicapai menjelang 2020.