KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menyediakan dua kerusi berbentuk animasi bagi mengurangkan fobia kanak-kanak mendapatkan rawatan pergigian.

Dekan Pusat Sains Pergigian HUSM, Prof Dr Adam Husein berkata,  kerusi bernilai kira-kira RM150,000 seunit itu adalah antara perkhidmatan termaju yang digunakan di negara ini.

Menurutnya, selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM), USM adalah yang kedua di Malaysia menggunakannya dan pertama di Pantai Timur.

“Kerusi ini mesra pesakit bagi kanak-kanak, termasuk yang kurang upaya untuk  menjalani pemeriksaan pergigian.

“Dengan berimej watak animasi ia boleh menghiburkan pesakit ketika melakukan rawatan,” katanya kepada media sempena perasmian Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma HUSM hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan Naib Canselor USM, Proffesor Datuk Dr Asma Ismail.

Dalam pada itu, Dr Adam berkata  dengan perkhidmatan disediakan tersebut  kanak-kanak boleh mendengar muzik dan menonton video yang mana sekaligus membantu menghilangkan rasa takut.

Katanya, kerusi tersebut diperoleh menerusi kerjasama pintar bersama Hospital Meichen Stomatological, China.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Pada mulanya pelajar tingkatan 1 ini hanya melukis pelbagai jenis animasi untuk memenuhi masa lapangnya.
  • BESUT - Kolej Komuniti Besut menyediakan kursus animasi 3D profesional peringkat sijil dengan kerjasama sebuah syarikat Jepun, bermula bulan ini, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
  • KUALA TERENGGANU - – Perisian dalam bentuk sains animasi akan ditambah dalam e-book yang diberikan kepada murid tahun empat di negeri ini dalam masa terdekat untuk mempercepatkan proses pembelajaran.