PONTIAN - Persatuan Bugis Johor cawangan Benut meminta agar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat dan ditahan di bawah Akta Hasutan demi keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.  

Pengerusinya, Mohd Noh Bachok berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mahathir, yang mengatakan mengaitkan Bugis dengan lanun merupakan satu penghinaan.  

“Sesungguhnya tiada siapa  yang boleh menafikan orang Bugis banyak menyumbang kepada pembentukan dan pembangunan negara sehingga hari ini.” katanya selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Benut, Pontian, hari ini.

Tambah Mohd Noh, gelaran ‘lanun’ suatu masa dahulu digunakan oleh Belanda dan Inggeris kerana pahlawan Bugis telah menyerang kapal-kapal penjajah.

Mahathir dilaporkan berkata demikian dalam pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu, yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Persatuan Bugis Johor berhasrat mengadakan protes aman susulan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan menghina dan rasis.
  • BATU PAHAT - Rakyat Johor tidak terkesan dengan isu berkaitan pembinaan Forest City di Iskandar Malaysia yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
  • KOTA BHARU - Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penyelesaian terbaik terhadap masalah yang berlaku.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.