JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menafikan mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang sedang ditularkan di media sosial.

Setiausaha Kerajaan negeri, Azmi Rohani berkata, kad sedemikian rupa tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau mana-mana jabatan negeri ini.

"Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KULAI - Akibat lambat mendaftar perkahwinan dengan warga Indonesia, seorang peniaga buah dari Taman Damai, di sini, gagal mendapatkan kad pengenalan untuk tiga anaknya.