JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa agama Islam di seluruh negara diminta mengadakan semula bacaan doa qunut Nazilah bertujuan membela nasib umat Islam khususnya di Palestin dan negara ini amnya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadot berkata, bacaan yang diselitkan ketika solat Jumaat itu penting diadakan semula memandangkan umat Islam khususnya di Palestin semakin diancam kekejaman Zionis.

“Ulama berkata, selagi sesuatu masalah mengenai umat Islam tidak selesai, maka perlu diadakan bacaan qunut Nazilah. Dalam isu Palestin, masalah penindasan Zionis terhadap mereka semakin meruncing.

“Solat hajat perlu diadakan untuk mendoakan kesejahteraan mereka dengan meminta ALLAH SWT mengubah hati manusia sejagat supaya simpati dan melihat secara terbuka masalah Palestin sebagai masalah dunia,” katanya selepas merasmikan pejabat pengurusan Aman Palestin Berhad Cawangan Johor di Taman Seri Putri, Skudai, di sini.

Turut Hadir, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ber-had, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ahli Dewan Un-dangan Negeri Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian.

Nooh berkata, sebelum ini mungkin keadaan di Palestin sedikit selesa kerana mendapat bantuan daripada negara jiran, namun selepas pergolakan terjadi di Mesir, Syria dan Yaman, nasib mereka bertambah parah.

“Keadaan di Palestin semakin parah. Ia bukan semata-mata memberi simpati, selepas itu apa hasil pun tiada. Ini soal amanah dan tanggungjawab membantu mereka kerana setiap harta dibelanjakan di jalan ALLAH, balasannya berlipat kali ganda,” katanya.

Dalam pada itu, Nooh berkata, Aman Palestin diminta mengatur strategi menarik perhatian dermawan daripada sektor korporat untuk bersama memperjuangkan pembebasan Palestin.

“Ahli Aman Palestin terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan jurutera misalannya boleh memainkan peranan dengan mendekati golongan berada kerana kredibiliti mereka dipercayai.

“Mereka perlu mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam kerana isu ini berhubung nilai kemanusiaan sejagat, selain dapat mengukuhkan perpaduan antara agama dan kaum,” katanya.

Menurutnya, Aman Palestin boleh memperbanyakkan usaha mengambil penduduk Palestin menjadi anak angkat dan mengikuti sesi persekolahan tadika sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jika hendak membantu, Palestin berada jauh dari Malaysia. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil penduduk mereka sebagai anak angkat dan memberi pendidikan.

“Kerana faktor masa, budaya dan jarak, pertolongan kita terbatas hendak hantar duit banyak halangan dan sebagainya. Jika Aman Palestin sudah buat, kena banyakkan lagi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap satu laporan yang mendakwa anggotanya memukul seorang remaja lelaki tanpa sebab, di sini, awal pagi semalam.
  • JOHOR BAHRU - Empat rumah kedai di persimpangan Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran, pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Seorang warga emas kini hanya mengharapkan ihsan isteri dan enam anaknya selepas dia terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar sejak setahun lalu.
  • JOHOR BAHRU - Jumaah Majlis Diraja Johor hari ini menafikan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabit kesalahan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012, kerabat diraja Johor.
  • JOHOR BAHRU - Pusat pemindahan sementara (PPS) akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tohor, Muar ditutup sepenuhnya kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.