PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini  selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak  ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUCHONG - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol pengurus kedai tempatnya bekerja di rumah suspek berusia 50 tahun itu, di sini, baru-baru ini.
  • JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lagi warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes ibu melacur dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 13 tahun.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda kecewa apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, hari ini, menolak rayuannya agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah merogol dan meliwat teman wanitanya, tiga tahun lalu.
  • SUNGAI SIPUT - Seorang warga emas nyaris dirogol setelah kediamannya di Kampung Kuala Karai, Enggor dipecah masuk seorang lelaki berkelakuan menakutkan, pagi semalam.
  • SIBU - Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terselamat daripada dirogol setelah dia menendang pelakunya iaitu datuk saudaranya sendiri di rumahnya di Sungai Bidut di sini petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.