PASIR GUDANG - Lebuh raya Pasir Gudang yang menghubungkan kawasan perindustrian terbesar di selatan tanah air dilihat mengalami kerosakan kritikal sejak ia dibaik pulih sekitar Julai  2012.

Projek menaik taraf lebuh raya berkenaan yang dijangka siap pada Januari tahun ini telah ditunda ke September depan. Malah,  timbul tanda tanya dapatkah projek berkenaan disiapkan dalam baki hanya lebih kurang tiga bulan.

Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Zon Johor Jaya, Tan Tuan Peng berkata, kerosakan kritikal membabitkan banyak permukaan jalan berlopak dan tebing jalan runtuh seringkali meragut nyawa pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.


Kontraktor tidak ambil langkah keselamatan

Beliau mendakwa, sikap tidak bertanggungjawab kontraktor yang dilantik tanpa pemantauan rapi daripada jabatan berkenaan menjadikan laluan lebuh raya berkenaan semakin kritikal apabila turut merosakkan infrastruktur yang disediakan sebelum ini.

“Saya pelik apabila kontraktor tidak mengambil langkah keselamatan sehingga tebing jalan yang dikorek mengalami runtuhan kritikal dan rata-rata permukaan jalan yang berlopak dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Segala infrastruktur dirosakkan terutama longkang yang ditimbus menyebabkan berlaku banjir kilat apabila limpahan air tidak dapat mengalir mengikut saluran yang disediakan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Pengguna terdedah risiko kemalangan

Tuan Peng berkata, keadaan bertambah parah apabila musim hujan sehingga berlaku takungan air dalam jalan yang berlubang dan mangsanya adalah penunggang motosikal.

Menurutnya, pihaknya bimbang lebuhraya yang digunakan lebih 50,000 kenderaan setiap hari itu suatu masa tidak boleh digunakan lagi, sedangkan kesannya besar terhadap kawasan perindustrian di negeri ini.

“Sampai bila kita nak biarkan penunggang motosikal terus menjadi mangsa, sedangkan projek membaik pulih lebuh raya sepatutnya menjadi lebih baik, bukannya bertambah teruk seperti ini.

“Kalau realiti seperti ini yang terpaksa rakyat tanggung, kami lebih rela menggunakan lebuhraya dahulu tanpa projek menaik taraf yang kami lihat banyak membazir duit!

“Setiap minggu kami dengar luahan orang ramai, sedangkan jabatan bertanggungjawab seolah-olah lepas tangan sehingga membuatkan kontraktor boleh melakukan kerja sesuka hati tanpa sebarang pemantauan,” katanya.

Katanya, semua pihak bertanggungjawab diminta bertindak sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Tolong fikirkan harga nyawa orang ramai kerana ia membabitkan keselamatan pengguna lebuh raya ini.

“Dan saya minta cari jalan penyelesaian segera kerana saya tidak mahu isu ini menjadi penyebab kepada kejatuhan BN pada pilihanraya umum akan datang kerana rata-rata rakyat sudah banyak bersabar sehingga ada yang sudah kehilangan nyawa ahli keluarga di lebuh raya ini,” katanya.


Mahu projek tertangguh siap September ini

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad berkata, permasalahan itu telah dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya, pihak kontraktor dan Menteri Kerja Raya untuk tindakan segera.

Menurutnya, pihaknya akan memegang janji kontraktor untuk menyiapkan projek yang telah ditangguhkan pada September depan.

“Kita memang nak projek menaiktaraf lebuh raya itu disiapkan pada September depan seperti yang dijanjikan pihak kontraktor.

“Kita minta pengguna lebuhraya lebih berhati-hati memandangkan masalah yang timbul yang mungkin berpunca daripada kesilapan teknikal kontraktor terutama dalam pemasangan cerucuk besi sehingga berlaku mendapan pada jambatan,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOPENG - Penduduk di empat kampung berdepan masalah jalan rosak dan berlubang sehingga mereka terdedah risiko kemalangan terutama penunggang motosikal.
  • KUALA KETIL - Penduduk menuntut pihak berwajib menurap segera jalan sepanjang 1.2 kilometer di Kampung Seberang Masjid, Paya Besar dan bukan sekadar memberikan janji manis.
  • KUALA PILAH - Tapak pasar malam di Pekan Dangi yang baru diturap mengalami kerosakan dan berlubang semula gara-gara lori seberat puluhan tan parkir di kawasan berkenaan.
  • PENDANG - Penduduk Kampung Bukit Tegor menuntut janji wakil rakyat kawasan berkenaan yang ditabur pada PRU13 yang lalu berkaitan pembinaan semula jalan kampung mereka yang rosak teruk.
  • ALOR SETAR - Kira-kira 500 penduduk di mukim Alor Janggus di sini didakwa berdepan ketidakselesaan ketika menggunakan jalan rosak menghubungkan tiga perkampungan di kawasan itu setiap hari.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.