JOHOR BAHRU - Malam Ambang Merdeka, kelmarin, dicemari perlakuan sumbangan pasangan bukan mahram di hotel bajet di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan di Masai dan Skudai oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), seramai 22 individu dicekup.

Lebih menyedihkan, seorang ibu lima anak yang mendakwa ditinggalkan suami, ditangkap buat kali kedua bersama lelaki warga Bangladesh ketika serbuan di Taman Scientex, di sini.

Dalam serbuan berasingan, anggota operasi Jaij yang turut dibantu PDRM menahan sepasang remaja berusia 19 dan 22 tahun di Taman Nusa Damai, di sini.

Lelaki yang berkerja sebagai operator kilang itu memberi alasan mahu bertemu teman wanitanya iaitu seorang pelajar IPT selepas sekian lama tidak berjumpa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA ROMPIN - Sepasang kekasih ditahan pasukan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin selepas disyaki berduaan dalam bilik di sebuah hotel bajet, di sini, sekitar jam 3 pagi, Jumaat lalu.
  • BAHAU - Sanggup mengambil risiko dengan terjun tingkap hotel malahan meninggalkan kekasihnya dalam bilik antara ragam tiga pasangan yang ditahan malam tadi menerusi Operasi Bersepadu sekitar hotel di pekan Bahau.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.