JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor serta rakyat jelata merafak sembah ucapan takziah ke atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah dan takziah buat Sultanah Haminah Hamidun, puteri-puteri serta seluruh kerabat diraja Kedah.

"Kemangkatan baginda adalah kehilangan yang amat besar bukan hanya kepada Negeri Kedah, tetapi bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua telah kehilangan seorang raja yang berjiwa rakyat.

"Almarhum Sultan Abdul Halim banyak berjasa sepanjang tempoh pemerintahan selaku Sultan Kedah dan juga selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled berkata,  Almarhum adalah satu-satunya raja Melayu sehingga kini yang pernah menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan memainkan peranan besar dalam pelbagai lembaran sejarah negara.

"Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya, amin. Al-Fatihah," katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri ini dikibarkan separuh tiang mulai hari ini.
  • ALOR SETAR - Sepupu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tengku Kechil ibni Almarhum Tengku Muhammad Shuib, selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Zohor, semalam.
  • NUSAJAYA - Dun Johor merafak sembah takzim ke atas seluruh kerabat Diraja Kedah atas kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 3.26 petang hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.