KLUANG - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) mengadakan ziarah ke rumah keluarga kurang berkemampuan di sekitar daerah ini.

Menerusi program Jelajah Ramadan yang dianjurkan, persatuan itu memilih 30 keluarga miskin dan pesakit terlantar serta tersenarai dalam program e-Kasih Pejabat Daerah Kluang untuk dibantu.

Pengerusi Puspanita Daerah Kluang, Kasmah Kasno berkata, program itu mendapat sumbangan bantuan daripada semua jabatan di daerah ini.

Menurutnya, dalam program ini, pesakit kronik juga akan diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi memastikan mereka terus sihat untuk menjalani kehidupan harian dan berpuasa.

“Program yang dilaksanakan setiap tahun ini adalah kesinambungan daripada kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan, dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan serta menghidap penyakit kronik membuat persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.

“Kesempatan ini juga digunakan jabatan berkaitan mengenal pasti keadaan keluarga serta pesakit dengan lebih dekat bagi membolehkan satu perancangan lain dilakukan, untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesihatan pesakit kronik sekiranya difikirkan perlu.

“Kunjungan ini lebih kepada memeriahkan keluarga terlibat dalam menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya ketika menyampaikan taklimat pergerakan di Bilik Gerakan di Pejabat Daerah Kluang, semalam.

Hadir sama dalam program itu, Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday merangkap Adun Mahkota dan Adun Paloh, Teo Yap Kun

Kasmah berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban penerima dalam menampung kos perbelanjaan harian, selain menyediakan keperluan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Jumiah Ahmad, 57, dari Kampung Bentong Dalam berkata, dia mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana terpilih menerima bantuan, semoga usaha bakti yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan.

“Sepanjang hari saya tak boleh bergerak ke mana-mana kerana suami saya (Ahmad Lembek, 67) hanya terlantar di atas katil dan tak boleh bercakap lagi setelah diserang angin ahmar sejak lebih kurang lima tahun lalu.

“Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, selain gaji anak bongsu saya daripada empat adik-beradik yang bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini yang tinggal bersama untuk sara kehidupan keluarga kami,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) terus mendapat perhatian apabila membantu lebih 1000 murid yang terpilih di Kedah.
  • JERANTUT - Seorang ibu tunggal sanggup mengorbankan kerjayanya demi menjaga anaknya yang sakit dan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Terengganu sejak 30 Oktober lalu.
  • TELUK INTAN - Seramai 14,700 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam parlimen ini menerima bantuan keperluan sekolah sebagai persediaan sesi persekolahan tahun hadapan.
  • SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam menziarahi dan menyerahkan bantuan kepada seorang warga emas dalam Program Ziarah Kasih, hari ini.
  • BALING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling menyelamatkan seorang warga emas yang menumpang di sebuah kedai di pekan sehari Kuala Ketil.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.