MALAYSIA Airlines hari ini menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap dengan paparan imej khas 'Negaraku.'

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pesawat dengan kod MH5025 berlepas dari Toulouse, Perancis jam 2.02 petang pada 22 Disember dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 9.45 pagi ini.

Ketibaan pesawat itu turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.

"Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-MAC itu dihiasi imej Jalur Gemilang yang mewakili semua rakyat Malaysia dengan bendera ini dibawa syarikat penerbangan ini ke serata dunia.

“A350 XWB ini dilengkapi 286 kerusi dengan tiga kelas penerbangan – empat tempat duduk Kelas Pertama, 35 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 247 tempat duduk Kelas Ekonomi,” kata syarikat itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA Airlines hari ini melancarkan penerbangan Kuala Lumpur-Surabaya-Kuala Lumpur, dengan acara sambutan ketibaan dan pelepasan balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia.
  • MALAYSIA Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan membantu mengemudi syarikat penerbangan itu meraih keuntungan dengan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharunya.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew, berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika beliau menjalankan tugasnya di MAS, namun beliau akan berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang ke Ireland.
  • KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.