BERSEMPENA bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Bank Rakyat telah melancarkan 'Kempen Ceria Beraya' bermula 15 Mei lalu.

Kempen yang dilancarkan buat tahun keempat ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan selain platform untuk mempromosikan produk-produk utama Bank Rakyat untuk melengkapi kehidupan seisi keluarga.

Melalui Kempen Ceria Beraya, orang ramai boleh mendapatkan Pembiayaan Peribadi-i dan mereka yang layak boleh mendapatkan tunai Pra Raya dan pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.4 peratus setahun.

Seterusnya, Bank Rakyat menyediakan Pembiayaan Kenderaan-i dan Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i khas untuk pelanggan yang ingin memandu kenderaan baharu pada musim perayaan ini.

Bank Rakyat menawarkan kadar pembiayaan yang menarik dengan pelbagai model kenderaan berjenama seperti Perodua dan Toyota.

Tak cukup dengan itu, Bank Rakyat juga menawarkan perkhidmatan Kad Kredit-i dan Kad Debit-i, termasuk KADS1M dengan pulangan tunai petrol sehingga lima peratus tanpa had untuk mengisi minyak pada setiap hari Khamis dan terbuka kepada semua jenis Kad Kredit-i Bank Rakyat.

Akhir sekali, Pembiayaan Perumahan-i disediakan oleh Bank Rakyat dan mereka yang layak boleh dapatkan lebihan tunai.

Menariknya, sesiapa pun boleh memohon, lebih-lebih lagi banyak kelengkapan rumah yang ingin dimiliki pelanggan sempena perayaan yang bakal tiba.

Kempen Ceria Beraya kali ini berlangsung selama dua bulan dan berakhir 13 Julai ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.bankrakyat.com.my atau http://www.bankrakyat.com.my/c/promosiperaduan/promosi#ceria.