BOEING meramalkan Asia Pasifik memerlukan juruterbang, jurutera, dan kru kabin dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya untuk dua dekad akan datang.

Memetik laporan KOMPAS.com, pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik menjadikan rakyatnya lebih kaya dan menggalakkan keinginan mereka untuk melancong.

"Hal tersebut akan memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 240,000 juruterbang dan 317,000 krew kabin pada 2037.

"Permintaan men­dapatkan perkhidmatan juruterbang di wilayah ini terus meningkat, dan kami berharap ia berlanjutan untuk beberapa tahun akan datang," ujar wakil Presiden Latihan dan Perkhidmatan Profesional untuk Boeing Global Services, Keith Cooper, dipetik dari BBC.

Sementara itu, menurut laporan yang dipetik tersebut, China dijangka memerlukan separuh daripada anggaran itu.

"Tekanan industri ini kebelakangan ini menyebabkan beberapa syarikat penerbangan kurang beroperasi. Juruterbang yang sudah berkhidmat lebih daripada tempoh dikehendaki bersara, sementara terdapat peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penerbangan perniagaan, seperti helikopter pelancongan dan jet mewah swasta.

"Boeing menganggarkan China memerlukan 128,500 juruterbang, 48,500 juruterbang bagi Asia Tenggara dan 42,750 juruterbang bagi Asia Selatan.

"Dengan ramalan-ramalan ini, Asia Pasifik dijangka memimpin permintaan pesawat baharu di seluruh dunia. Boeing sendiri mempunyai program pembangunan perintis yang dipercepat, tetapi laluan ini tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.

"Penganalisis turut memberi amaran sekiranya berlaku kekurangan juruterbang boleh merencatkan pertumbuhan industri penerbangan,” kata laporan itu.