KUALA LUMPUR– Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.

Dalam  satu kenyataan Khazanah berkata artikel bertajuk ‘Khazanah meddling led to Bellew exit?” yang disiarkan pada 17 Oktober, merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber yang tidak dinamakan.

“Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.

Dalam kenyataan itu Khazanah berkata Lembaga Pengarah dan pengurusan  Malaysia Airlines, telah mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.

“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya.

Khazanah juga menjelaskan bahawa tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.

Cabang pelaburan kerajaan itu itu berkata ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus yang digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos, 2014 dan Akta 2015 Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) (Akta MAS 2015”), bagi penstrukturan semula Malaysia Airlines.-  Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew, berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika beliau menjalankan tugasnya di MAS, namun beliau akan berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang ke Ireland.
  • JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang baharu, Christoph R Mueller memerlukan sentuhan ajaib...
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diswastakan dan ia perlu dilaksanakan, kata Maybank Investment Banking (IB) Research.
  • KUALA LUMPUR - Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berlangsung dengan lebih 1,000 hadir, termasuk 560 pemegang saham minoriti, pada 11 pagi.