Kosmetik Korea, 3CE Stylenanda kini di The Exchange TRX

Gimik pelancaran pembukaan kedai 3CE Stylenanda di tingkat 1, The Exchange TRX.
Gimik pelancaran pembukaan kedai 3CE Stylenanda di tingkat 1, The Exchange TRX.
A
A
A

JENAMA kosmetik terkenal Korea, 3CE Stylenanda kini membuka premis perniagaan di tingkat 1, The Exchange TRX.

Pelancarannya pada Khamis disambut meriah dengan lebih 200 pengunjung dibawa merasai keindahan luar biasa dan penuh imaginasi seperti sebuah galaksi kecantikan yang terbentang dari Seoul ke Kuala Lumpur.

Sempena pembukaannya, orang ramai berpeluang menikmati promosi eksklusif dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Tatahias 3CE Stylenanda (kanan) sedang memberi info berkaitan penentuan rona warna kulit wajah.
Tatahias 3CE Stylenanda (kanan) sedang memberi info berkaitan penentuan rona warna kulit wajah.

3CE Stylenanda menggabungkan olesan inovatif dan fesyen kontemporari yang istimewa bagi melengkapkan penampilan terbaik pemakainya.

Bukan itu sahaja, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memupuk kreativiti dan inovasi, 3CE Stylenanda telah memikat hati Gen Z dan Milenium Asia, menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam industri kecantikan melalui platform O2Onya.

Palet pilihan jenama yang tepat bagi rona halus, variasi tekstur dan pembungkusan yang menawan juga telah menarik minat pencinta kecantikan bukan sahaja di Korea dan China, tetapi juga di seluruh pasaran Asia Tenggara.

Produk-produk 3CE Stylenanda.
Produk-produk 3CE Stylenanda.

Artikel Berkaitan:

3CE Stylenanda mempunyai kepakaran tersendiri dalam penentuan rona warna dan ramai pengguna mengakui kosmetik tersebut unik.

Ia menawarkan pilihan warna yang banyak bagi memenuhi citarasa peribadi setiap individu.

Lebih istimewa, produk berkenaan memperkasakan pelanggan untuk mencari padanan sempurna, sekali gus membolehkan mereka menzahirkan kecantikan sebenar.

Lawati premis berkenaan sekarang untuk tawaran istimewa dan hadiah menarik di kedai dan ruang acara di tingkat bawah berdekatan MUJI pada 2 hingga 5 Mei 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!