‘3D Experience’ tarikan baharu di GM Klang

Seng Kok (kanan) berasama Charles (tengah) dan Tuck Chee (kiri) merakam gambar di salah satu studio 3DX yang terdapat di tingkat 6, Blok B di GM Klang.
Seng Kok (kanan) berasama Charles (tengah) dan Tuck Chee (kiri) merakam gambar di salah satu studio 3DX yang terdapat di tingkat 6, Blok B di GM Klang.
A
A
A

KLANG – Studio 3D atau lebih dikenali sebagai 3DX ‘3D Experience’ bakal menjadi tarikan baharu kepada GM Klang.

Pengarah Urusannya, Datuk Lim Seng Kok berkata, terdapat empat unit premis yang diubah suai menjadi ruang mengambil gambar berkonsepkan 3D.

“Studio ‘3D Experience’ berada di tingkat enam, Blok B ini akan menjadi salah satu tarikan baharu di sini.

“Selain membeli-belah, pengunjung dapat merakamkan kenangan mereka dengan mengambil gambar di studio ini yang berkonsepkan 3D dan ia akan memberi keseronokan kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tambahan Kempen GM Love Klang dan Majlis Berbuka Puasa di GM Klang, petang semalam.

Seng Kok (kanan) mengiringi Tuck Chee (tengah) dan Charles melihat gambar- gambar menarik yang terdapat di salah satu projek 'Photo Wall' di tingkat enam, Blok B, di GM Klang.
Seng Kok (kanan) mengiringi Tuck Chee (tengah) dan Charles melihat gambar- gambar menarik yang terdapat di salah satu projek 'Photo Wall' di tingkat enam, Blok B, di GM Klang.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Pandamaran, Leong Tuck Chee.

Menurut beliau, selain tarikan baharu itu, GM Klang turut memperkenalkan dua lagi projek ‘Photo Wall’ di tingkat sama dengan menampilkan koleksi tempat menarik di Pandamaran dan Pulau Ketam.

“Idea terkini ini adalah inisiatif dalam memartabatkan Klang dalam pelancongan Malaysia, susulan GM Klang dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang daripada Majlis Perbandaran Klang.

Artikel Berkaitan:

“Dengan adanya tarikan terbaharu ini, kita percaya jumlah pengunjung serta pelancong luar terutamanya dari Singapura, Brunei dan Thailand akan bertambah, sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi di Selangor,” katanya.

Seng Kok berharap, inisiatif itu akan terus mendapat sokongan dan kerjasama Tourism Malaysia, Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk terus menaikkan jumlah pelancong ke Bandar Klang dalam industri pelancongan.

Seng Kok (tengah) bergambar dengan Tuck Chee (depan) dan Charles di salah satu studio 3DX yang terdapat di tingkat 6, Blok B, di GM Klang.
Seng Kok (tengah) bergambar dengan Tuck Chee (depan) dan Charles di salah satu studio 3DX yang terdapat di tingkat 6, Blok B, di GM Klang.

“Kempen GM Love Klang ini akan diteruskan dan pelbagai lagi projek menarik sedang dirancang dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke GM Klang, sekali gus dapat mempromosikan Klang Bandar Diraja.

“Malah, kita turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam melalui Program CSR Lukisan Mural di Lorong Blok C yang berkonsepkan warisan Bandar Klang.

“Seramai 70 pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka terlibat dalam program ini dan ia dijangka siap akhir Jun nanti. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dirangka sepanjang 2019 untuk meraikan bersama-sama komuniti serta pengunjung,” katanya.